Tutorial Setup Domain Name Untuk BlogSpot
Tutorial ini walaupun spesifik kepada domain name daripada NetKL, tapi ia juga valid untuk domain name daripada syarikat lain, yang berbeza hanyalah interface sahaja. Proses yang terlibat tetap sama.
Aku mulakan dulu cara untuk setup custom domain name untuk blog Blogger (BlogSpot) kemudian untuk point domain name ke web hosting untuk blog WordPress.org.
Cara untuk setup domain name (tukar .blogspot.com kepada .com)
Lepas dah beli domain name, maka get ready lah untuk tugasan sebenar anda iaitu untuk sambungkan domain name itu ke blog korang. Lepas ni dah takde dah .blogspot.com kat belakang, tinggal .com je. Barulah nampak kemas sikit. P/s: masa nak beli domain korang boleh tick untuk minta pihak mereka tolong setupkan dengan bayaran RM3 (Update: Harga domain name dan ID protection sudah naik harga, so tak pasti masih RM3 atau juga sudah naik). Pandai kan diorang niaga, kalau jenis yang malas, mesti tick jer, padahal boleh setup sendiri.Sila pergi ke http://mydomain.netkl.com dan login. Pilih customer.



Tambah A Records untuk point domain ke server Google
Lepas tu, akan keluar satu pop-up. Klik pada Add A Record. (Langkah ini perlu diulangi untuk empat kali.)

Tekan Add Record.
Ulang langkah yang untuk tiga kali lagi dengan nilai IPv4 Address berikut:
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21
Semua sekali akan jadi macam ni:

Tambah CNAME Records
Seterusnya klik pada CNAME Records. Klik pada Add CNAME Record. (Langkah ini perlu diulang sebanyak dua kali)
Untuk Value, tick pada pilihan kedua dan taip ghs.google.com
TTL biarkan default macam tu.
Klik Add Record.



Pergi semula ke blog. Use a missing files host? Biarkan sebagai No. Kali ni try klik save. Mungkin korang pun akan keluar error macam ni. Serius, aku pun tak tahu kenapa. Aku try klik save banyak kali, maka dia tetap error. Yang ni error 12, ada error 8 la, error 6 la dan segala mak nenek error dia keluar. Well, ini kerana propagation mengambil sedikit masa untuk resolve dan rekod yang dimasukkan mula aktif.


Redirect request versi non-www ke versi www
Tekan Edit lagi sekali dan pastikan korang tick Redirect <nama domain> to www.<nama domain>Kalau tak nanti, bila ada orang taip nama blog korang tanpa www, dia akan tunjukkan page error.Sekarang, blog BlogSpot korang sudah berjaya domain name sendiri. Boleh test bukak www.blog-korang.com, blog-korang.com (tanpa www untuk check redirection menjadi atau tidak) dan blog-lama.blogspot.com (untuk check redirection blog lama ke domain name).

Point domain name ke server web hosting untuk blog WordPress
Untuk Blog WordPress (wordpress .org, bukan wordpress.com) pula, korang perlu point/halakan domain name ke server web hosting terlebih dahulu. Kalau beli pakej web hosting yang dapat domain name percuma, proses ini tidak perlu kerana provider sudah setting siap-siap. Aku recommend hosting NetKL jugak, sebab dengan hanya RM60 dapat sekali satu domain name percuma, memang berbaloi.OK, proceed kepada tutorial. Log in ke DNS Management NetKL. Kali ini kita akan tukar nameservers.


Baiklah, tutorial setup domain name kali ini sudah sampai ke penghujungnya. Semoga bermanfaat untuk semua.
Comments
Post a Comment