i-Great Nova | Takaful Hibah Perlindungan Tinggi untuk Keluarga dengan Tempoh Fleksibel

  Takaful Keluarga

i-Great Nova | Takaful Hibah Perlindungan Tinggi untuk Keluarga dengan Tempoh Fleksibel

Tahukah Anda Perlindungan meningkat untuk masa depan yang cerah, kini dan seterusnya

Dalam hidup ini, ada perkara-perkara penting yang anda perlu lindungi. Bertindak sekarang untuk memastikan generasi anda yang seterusnya ditinggalkan dengan legasi. i-Great Nova adalah pelan mampu milik dengan jumlah perlindungan tinggi, dengan tempoh perlindungan yang fleksibel untuk memastikan orang yang tersayang dijaga, di setiap peringkat kehidupan anda.

Manfaat-manfaat utama

i-great-nova-ikon-1

Pelan yang berpatutan dengan Jumlah Perlindungan yang tinggi bermula dari RM250,000 

Dapatkan perlindungan dengan bayaran bulan yang berpatutan dan juga Jumlah Perlindungan hibah takaful yang tinggi bermula dari RM250,000.

i-great-nova-ikon-2

Melindungi Waris dengan Tempoh Perlindungan sehingga Umur 80 Tahun

Pilih tempoh perlindungan dengan perlindungan sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun, dan tempoh pembayaran caruman yang fleksibel di antara 10, 20 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan bergantung pada kemampuan individu

i-great-nova-ikon-3

Pilihan Meningkatkan Jumlah Perlindungan secara Automatik  setiap 5 tahun

Tingkatkan pelan hibah Takaful i-Great Nova anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif dengan rider pilihan i-Protection Booster Rider yang menyediakan jumlah perlindungan tambahan sekiranya berlaku kematian atau HUPK ke atas Orang yang Dilindungi dimana jumlah perlindungan rider akan meningkat secara auto setiap 5 tahun sehingga 1000% jumlah perlindungan rider. 


Manfaat tambahan

i-Saver Rider

95% daripada caruman yang telah dibayar di bawah rider ini akan diperuntukkan kepada Akaun Unit Peserta untuk tujuan simpanan dan pelaburan pilihan dana yang ada.

Perlindungan Lanjutan Automatik

Nikmati perlindungan berterusan dengan perlindungan lanjutan automatik selepas akhir tempoh perlindungan di mana perlindungan akan dilanjutkan secara automatik sehingga umur 70 tahun, 80 tahun atau 100 tahun bergantung kepada umur matang.

Manfaat Kematian Tambahan semasa Menunaikan Haji/Umrah

Sekiranya berlaku kematian semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan kemalangan, tambahan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan kepada Manfaat Kematian.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah perkhidmatan pilihan. Anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Maklumat Lanjut dan Perundingan Sila Hubungi Admin secara Percuma Sahaja

Zaki Takaful Terbaik 0142448999


Comments