Perbezaan Mesin Air Kangen Jr2 vs SD 501

Hari ini Sifu nak bantu sahabat yg nak beli mesin utk buat keputusan samada nak beli SD501 atau JR II.

SD501 ialah mesin standard sykt Enagic. Flagship product. Kebanyakan pembeli membeli model ini. JR II pula adalah biasanya dibeli oleh mereka yg nak guna sendiri dan bilangan family yg sedikit.

Ini pandangan Sifu ... jika anda nak guna sendiri satu family dan tak berminat utk kongsikan air kangen dgn ramai orang samada nak bagi percuma atau nak jual, maka anda boleh beli JR II harganya jauh lebih murah. Jika anda mempunyai keluarga yg ramai, atau berminat utk kongsi air kangen dgn ramai orang samada bagi percuma atau anda jual, maka SD501 adalah satu kemestian utk anda kerana faktor masa.

Masa itu wang. Anda dapat menjimatkan masa yg banyak dengan mesin SD501. 

Apakah perbezaan antara 2 jenis mesin tu Sifu? Soalan yg kerap ditanya. Perbezaan utama ialah bilangan kepingan ionizer nya. Ionizer itu diperbuat daripada logam titanium dan disaluti dgn logam platinum. Dua logam ini adalah sangat mahal sebab tu mesin ionizer ni mahal. SD501 mempunyai kepingan 7 ionizer dan JR II mempunyai hanya 3 sahaja.

Maknanya apa? Maknanya SD501 dapat memproses air kangen lebih cepat berbanding JR II, macam 7 orang lawan 3 orang tentu tak sama kecepatannya kan?!. 

Siapa dah beli JR II jangan risau, Sifu nak ajar macam mana sahabat boleh mendapatkan air kangen lebih berkualiti daripada kebanyakan pemilik SD501. Macam mana? Perlahankan aliran air semasa memproses air kangen. Perlahan macam mana Sifu? Antara 1.5 liter - 2 liter seminit. Air Kangen yg anda hasilkan boleh lawan air kangen dari mesin SD501 yg dihasilkan biasanya 4 - 6 liter seminit. 

Itu ilmu yg Sifu nak kongsikan hari ini semoga bermanfaat pada sahabat semua. Mari bersyukur atas anugerah Allah SWT dan mari bersalawat atas Nabi Muhammad kekasih Nya.
*kredit ; Sifu Ghani

More info
www.facebook.com/MasterKangenWater
www.kangenmaster.biz

Comments