Kenali Tuan Guru Haji Abdul Rashid Bin Abdul Razak Pengasas Pondok Dingin

Al Allamah Tuan Guru Haji Abdul Rashid Pondok Kampung Dingin ( 1928 - 2006 ) Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Abdul Rashid Bin Abdul Razak dan beliau dilahirkan di Derga Alor Setar Kedah. Beliau merupakan adik kepada mantan Persuruhjaya PAS Kedah - Tuan Guru Haji Azahari Abdul Razak.
 Mula mendapat pendidikan agama di beberapa buah pondok sekitar Kedah dan Pulau Pinang sebelum berangkat ke India dalam menyambung pengajiannya. 
Antara pondok yang beliau pernah masuk ialah : 
1. Pondok Pak Man, Bukit Besar 
2. Pondok Pak Ya, Padang Lumat 
3. Pondok Guar Cempedak
4. Pondok Pokok Sena, Kepala Batas 

Diantara gurunya pula ialah : 
1. Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi 
2. Tuan Guru Haji Yahya Junid 
3. Tuan Guru Haji Abdul Majid 
4. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Tuan Hussien Kedah al-Banjari
.
 Setelah tamat menuntut ilmu, beliau pulang ke tanah air dan telah mendirikan sebuah pondok pengajian di Kampung Dingin, Mahang, Kulim, Kedah. 

.
Beliau pernah mengarang sebuah risalah mengenai tasawuf dan disamping itu, Tuan Guru juga menyusun Mathurat demi mencari dana pondoknya. 
.
Tuan Guru berulang alik mengajar di banyak masjid yang kadang² jauhnya lebih dari 70km selama 15 tahun. 
Beliau seorang yang wara', amat tinggi ilmu tauhid, sangat istiqamah pada kuliahnya dan sering hadir awal tidak kira hujan atau ribut. 
Suatu hari beliau pernah ditanya kenapa Tuan Guru tidak bawa teman ketika berjalan jauh. Jawabnya "Payah berkawan dengan manusia, lebih baik berkawan dengan Malaikat." Ini bermaksud beliau seorang yang tidak suka bersembang tak tentu punca. 
Pernah terjadi dua peristiwa yang pelik padanya. Iaitu : 
1. Pada satu malam, keretanya mati dipertengahan jalan dan sekelilingnya ialah hutan. Ketika tengah membelek enjin kereta, tiba tiba datang seorang lelaki India yang separuh mabuk dan minta untuk betulkan enjin. Akhirnya enjin kereta pulih dan dia meneruskan perjalanan balik. Dari mana datang lelaki ini soalnya? Mungkin ini satu bantuan dari Allah.
2. Tuan Guru menghidap penyakit batu dalam hempedu. Merata ceruk beliau pergi berubat tetapi masih tidak baik. Lepas tak berapa lama beliau dilihat kembali sihat. Bila ditanya di mana Tuan Guru berubat, beliau menjawap "Saya baca ayat 60 surah al-Baqarah dengan niat seperti mana Nabi Musa memukul batu hingga pecah, Moga Allah menghancurkan juga batu dalam hempedu saya". 
.

Tuan Guru Haji Abdul Rashid meninggal dunia sewaktu berusia 78 tahun ketika didalam sujud di rumahnya. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Guar Cempedak ( Berdekatan dengan makam abangnya, Tuan Guru Haji Azhari Razak dan Tuan Guru Pak Ya Junid ). 

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

*Sumber - Abang Fauzi Kampung Dingin ( Anak murid Tuan Guru ) & FB Abd Ghani Haron #KenaliUlamak

#Alfatihah buat Tuan Guru saya dan Guru2 mereka..

Comments