Kenyataan jawapan Rosyam Nor isu ST Rosyam Mart

'JANGAN JATUHKAN PERNIAGAAN ORANG' - ROSYAM NOR

KOMEN:

• Rosyam, baru hari ini kamu terasa panas apabila pasaraya yang kamu banggakan selama ini telah terdedah akan siapa sebenar pemiliknya..???

• Sebelum ini kamu tersangatlah megah kononnya kamu adalah usahawan bumiputera yang berjaya…!!!

• Saya dari dulu hingga kini tidak pernah minat akan lakonan dan filem/drama arahan kamu. Lebih2 lagi pabila kamu muncul di satu siaran keagamaan…seolah2 kamu menjadi kaya adalah atas semangat usaha kamu berjuang dalam perniagaan dan kehidupan..!?? Ketika itu saya dengan jujur mengatakan saya tidak pernah percaya akan sikap kamu. Cara kamu berkomunikasi, bahasa badan (body language) saya sudah dapat menangkap bahawa kamu seorang yang hipokrit..!!!

• Naaahhh…sekarang sudah TERBUKTI apa yang saya fikirkan dan kemusykilan saya akan kejujuran kata2 kamu disemua rancangan baik di media dan broadcasting channels.

• Walaupun bagaimanapun Rosyam, memang benar iaitu dalam istilah perniagaan memegang saham yang lebih besar adalah kemungkinan dalam politik. Saham yang lebih besar adalah majority tetapi sebagai pemegang yang menganggap ia adalah saham yang lebih kecil (saham) dengan beberapa cawangan atau sub syarikat ia boleh diambil ke dalam gabungan saham terkumpul besar-besaran. Jadi dalam kes Rosyam sekiranya cawangan boleh mendapat 12 juta setahun x 10 cawangan keuntungannya adalah 4x ganda.

• Secara peribadi saya mengatakan Rosyam adalah mangsa keadaan. Cuma apa yang membuatkan rakyat marah adalah kerana kamu seorang yang sanggup MEMPERBODOHKAN rakyat dengan kenyataan-kenyataan kamu yang kurang benar dan tidak jujur berkaitan pemilikan pasaraya itu.

• Dalam konteks Rosyam, saya gembira kalau seseorang beri kepercayaan kepada karektor dalam wayang/dramanya dalam bahasa mudah as a DUTA…maklumlah dari muda bergelumang dengan tenaga untuk perbaiki kehidupannya.

• Satu lagi saya hendak TEGASKAN DI SINI, ROSYAM..!!! Apa yang kamu meroyan sakan di sini dengan mengatakan usahawan lain hendak menjatuhkan perniagaan kamu..???

• Sebenarnya Rosyam, bukan usahawan Melayu lain yang ingin menjatuhkan kamu dan tiada juga individu yang ingin menjatuhkan kamu dan perniagaan kamu. Rakyat juga tidak ingin menjatuhkan kamu..!!! Tiada dalam mana2 kenyataan media di alam maya atau nyata ingin menjatuhkan kamu..!!! Kami hanya viralkan bahawa ST Rosyam Mart Sdn Bhd adalah sebuah perniagaan dimiliki oleh bangsa lain dan kamu adalah “Ali Baba” di mana nama kamu digunakan ditunggang oleh bangsa lain utk mempromosi perniagaan mereka. Kamu sahaja yang BODOH CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT…!!!

• Kami juga hormati pandangan kamu berkaitan politik kamu, tiada sesiapa memaksa kamu untuk menyokong mana-mana parti atau pemimpin.

• Jadi, Rosyam, kamu seharusnya keluarkan statement yang benar dan jujur dengan pengakuan bahawa kamu hanya pemegang saham yang kecil dan diangkat sebagai DUTA kepada perniagaan pasaraya tersebut daripada kamu menuding jari mengatakan usahawan Bumiputra hendak menjatuhkan kamu

• Saya sangat tahu memang benar kalau kita buat orang, Allah akan buat balik kepada kita. Hanya kamu tidak sedar bahawa kamu yang buat orang dan kini Allah buat balik kepada kamu. Kamu telah berbohong kepada rakyat dengan mengatakan pasaraya tersebut adalah milik kamu…!!!

• So, by all means Rosyam, you don’t have to advice other businessmen especially Bumiputras to compete in a healthy manner.  They know how to compete healthily…It’s you who should be adviced same…!!! You should come out with a remark that you are only a minority shareholder in the said business and you too have been appointed as a AMBASSADOR for the said business. With that no one will argue on your involvement in the said pasaraya.

• WHAT GOES AROUND COMES AROUND ROSYAM…DIGEST IT…!!!

• DON’T BLAME ON OTHERS…!!! ALLAH WILL DO SAME TO YOU…!!! (YOU SAID IT..!!!)

#LV

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

#AstroAwani
#040119

Pelakon, pengarah dan usahawan Datuk Rosyam Nor berharap budaya tikam-menikam dan cubaan menjatuhkan perniagaan orang lain dihapuskan dalam diri setiap individu terutama dalam kalangan usahawan.

Jelasnya, tindakan itu disifatkan sebagai satu persaingan tidak sihat yang tidak sepatutnya wujud dalam keusahawanan dan perniagaan.

"Budaya tikam-menikam dan jatuh-menjatuh ini saya rasa memang ada dan banyak. Mungkin melalui kata-kata atau pun dalam sekarang ini di media sosial dan saya rasa itu tak sihat.

"Jadi, saya nak sarankan kepada semua bahawa apa yang kita buat pada orang, Allah akan buat balik," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Malah, katanya, persaingan sihat dan tidak sihat berlaku dalam masyarakat pelbagai kaum dan bukan hanya melibatkan usahawan Bumiputera.

"Ini berlaku dalam semua bangsa dalam dunia, di Malaysia juga. Itu dinamakan persaingan. Namun sama ada persaingan itu sihat atau tidak. Kalau yang menjadi tidak sihat itu ialah apabila kita cuba menjatuhkan perniagaan seseorang itu tidak sihat.

"Namun kalau kita bersaing secara cantik, kita mungkin dapat rasa cemburu kejayaan seseorang, itu akan menyedarkan diri kita bagaimana untuk kita turut berjaya seperti orang itu. Kalau kita cuba menjatuhkan perniagaan orang, perniagaan kita juga akan jatuh," kata beliau lagi.

Justeru, beliau mencadangkan agar lebih baik usahawan menumpukan kepada usaha untuk mengukuhkan kedudukan perniagaan mereka berbanding bersikap negatif terhadap individu lain.

Dalam pada itu katanya, kekangan utama kepada usahawan Bumiputera ialah pengalaman dalam menceburi dalam bidang perniagaan.

Pada masa sama, masalah modal menjadi isu kedua kerana ketika ini banyak agensi-agensi kerajaan yang menyediakan pembiayaan perniagaan kepada mereka.

Comments