Santau Dan amalan pencegahan

Ada pesakit mengadu dirinya didakwa oleh beberapa orang 'ustaz' bahawa dirinya telah disantau.

Melalui pemerhatian Titik 12 dan Tapak 7. Ternyata itu bukan santau, tetapi lebih kepada permasalahan berkaitan dengan organ respiratori yang lemah.

Titik 12 dan Tapak 7 merupakan istilah diagnos dalam Ilmu Tobib.

Sang faqir kongsikan serba sedikit apa itu santau dan prosesnya. Supaya faham kalian, yang santau bukan semudah itu untuk dibuat dan apatahlagi untuk dihantar kepada orang.

SANTAU

Merupakan salah satu cabang sihir yang amat berbahaya dan boleh membawa maut, dengan izin ALLAH. Santau dari perkataan Sanskrit yang membawa maksud ‘San’ – Bagi/ Hantar, ‘Tau’ Mati/Racun.

Santau terbahagi beberapa jenis.

I. RACUN (Al Marad) : Iaitu bahan yang telah diadun mengandungi racun atau bahan tertentu kemudian di beri kepada mangsanya tanpa melibatkan makhluk halus.

II. SANTAU RACUN (Al Marad) : Iaitu santau yang di adun melibatkan makluk halus. Santau jenis ini di beri pada mangsa melalui perantaran makluk halus. Melalui makanan atau minuman.

III. SANTAU TUJU/ ANGIN (Al Marad) : Berupa debu yang di adun dengan bahan bahan tertentu. berkesan jika di mantrai dengan pemujaan khusus. Santau jenis inilah yang akan menyerang mangsa pada masa dan saat yang tertentu. Maknanya pada masa-masa tertentu tempuh santau ini matang ,perlu mancari mangsanya dan perlu di lepaskan jika tidak ia akan mencari tuanya sebagai mangsa.

IV. SANTAU SILAU (Takhayyul / Al Junun) : Tidak mengandungi bahan tapi makluk halus di perintahkan untuk mengganggu mangsa.

PROSES SANTAU

Apabila dinamakan Santau ianya tidak semestinya membuatkan mangsa itu muntah darah, batuk, gatal tekak, miang atau bisa. Santau juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi seperti kebingungan, tidak boleh tidur malam, yang akhirnya menjadi gila. Antara bahan bahan yang digunakan untuk menyebabkan seseorang itu menjadi sebegitu dan seterusnya menjadi masalah mental serta jiwa yang serius adalah

I. Tanah kubur kawasan yang ada berdekatan dengan busut anai-anai
II. Getah pokok kayu hidup kawasan perkuburan tersebut 
III. Lilin yang di gunakan untuk pemujaan
IV. Serangga di atas pusaran air sungai.

Untuk menjadikan seseorang itu ‘bodoh’ dan malu apabila melihat orang (Al Khumul), memerlukan bahan-bahan seperti :
i) Hati kura-kura
ii) Uri kucing
iii) Telinga anjing hitam
iii) Belangkas jantan dan betina yang melekat.
iv) Labah-labah yang mempunyai telur di bawahnya ( bunuh ibunya dan ambil telurnya sahaja)
v) Tulang dagu kera duku.
vi) Tanah hadapan rumah individu yang hendak dituju

Semua bahan ini dikeringkan, kemudian dihancurkan dan dijadikan serbuk untuk di campurkan dengan bahan-bahan seperti berikut :

I. Benda-benda yang berpusing di tengah-tengah pusaran air, samada daun, ranting kayu, ataupun binatang yang mati seperti serangga dan sebagainya.
II. Benda-benda yang tersangkut di sarang labah-labah yang sentiasa berpusing ke kanan atau ke kiri padahal tidak ada angin.
III. Benda-benda yang tersangkut pada mana-mana tempat yang sentiasa berpusing ke kanan dan ke kiri ketika di tiup angin seperti daun , ranting kecil, sampah atau serangga seperti lalat , lipas dan sebagainya. Bahan ini boleh di ambil dengan tangan, tetapi lebih baik bahan tersebut diambil dengan mulut.

Adalah di percayai mangsa yang termakan adunan bahan-bahan tadi, setelah dipuja. Akan mengalami gangguan mental atau jiwa sehingga menjadi bingung dan tidak siuman, seperti mana keadaan serangga yang tersangkut di sarang labah-labah kemudian berpusing-pusing di tiup angin.

Untuk menjadikan seseorang tidak tidur malam, kumpulan bahan pertama tadi dicampurkan dengan mana-mana bahagian , seperti kulit kelawar, burung jempuk ataupun burung hantu.

Manakala untuk menjadikan seseorang itu hilang akal, meracau dan tidak berhenti-henti bercakap, bahan pertama tadi dicampurkan dengan hati atau paruh murai atau paruh burung gagak.

Begitulah juga bahan yang perlu disediakan untuk menjadikan seseorang hilang akal dan garang. Ianya mengunakan bahan-bahan yang diambil daripada binatang garang seperti misai harimau atau taring anjing. Bahan-bahan tadi dikeringkan dan dijadikan serbuk, kemudian dipuja dengan cara tertentu untuk diberi makan pada mangsanya.

Dalam kes kes tertentu ada juga individu terbabit akan mengunakan bahan khusus untuk melaksanakan sihir tersebut. Bahan-bahan yang sang faqir maksudkan adalah bahan milik individu atau sebahagian daripada individu tersebut. Misalnya seperti pakaian dalam (yang masih belum dibasuh), kain, gambar , kuku, rambut, air liur dan sebagainya. Ini kerana hubungan antara tuan punya dengan barang tersebut berkait rapat antara satu sama lain.

KAEDAH MENGESAN, MENGELAK DAN MERAWAT.

Untuk mengenal pasti samada benar santau atau bisa di dalam tubuh, ianya memerlukan pemerhatian yang teliti, kerana sedikit ralat atau kesilapan dalam telahan akan memberi kesan buruk kepada psikologi pesakit dan keluarganya.

Hari ini ramai dari kalangan ‘perawat’ yang mudah benar memberi telahan tanpa menilai dan memerhatikan dengan betul.

‘Umpama melintas jalan tanpa melihat kanan dan kiri, akhirnya akan menyusahkan diri sendiri, dan sudah tentu akan menyusahkan pemandu-pemandu lain dek kerana kecuaiannya.’

Perlu diingatkan, tidak semudah dengan menilai pada gatal tekak atau batuk tanpa henti ataupun batuk berdarah, orang tersebut sudah dikatakan kena serangan santau, jika benar tiada masalah, jika salah, apakah gerangan akibatnya? Kita sama-sama fikirkan.

Oleh sebab itu, kaedah guru-guru tua, adalah mengelak atau mengurangkan dakwaan dan melebihkan ikhtiar, terutamanya ikhtiar mengembalikan yang bermasalah tersebut kepada jalan ALLAH.

Secara mudahnya untuk mengelak santau atau segala bentuk anasir bathil dari terkena pada diri dan keluarga. Diamalkan selepas Solat Isyak ;

1) Letakkan tangan kanan di atas kepala @ ubun-ubun
2) Baca sambil tangan di atas kepala :
- Surah Al Hasyr :21
- Alam Nasyrah 1-8
- Al Kautsar 1-3
- Al Ikhlas 1-4
3) Kemudian doa, mohon ALLAH lindungi diri dan keluarga dari segala anasir bathil.

Amalan ini merupakan salah satu amalan Khusus AL-ALIM ALLAMAH AL-ARIF AR-RABBANI SYEIKH WAN DAUD BIN SYEIKH WAN ABDULLAH BIN SYEIKH WAN IDRIS @WAN SENIK BIN WAN MUSTAFA AL-FATANI

Selain itu, untuk lebih lanjutnya, nantikan dalam kuliah Santau yang pada bulan September 2017.

Wassalam

* Untuk Pengijazahan izin amal, sang faqir ijazah ijazah izin amal amalan yang dinyata kongsi di atas.

**Ustaz Wan  Asrul

Comments