Brain Colour

~Sambungan Penerangan Brain Color~
(Ini hanyalah Guideline yang Mudah)
..
Di dalam sesebuah pasukan bisnes, adalah penting untuk pemiliknya mengetahui potensi diri sendiri, mengetahui potensi rakan bisnes serta potensi seluruh staffnya.

Ilmu Brain Color ini sangat berguna dalam membina sebuah pasukan yang mantap (High Performance Team) dan ia boleh menjimatkan masa dan wang ringgit.
..
..
RED Brain
+ Clarify Objectives - Mereka akan mudah memahami SOP syarikat yang mengikut susun atur yang tertib. Mereka sangat jelas dengan matlamat dan hala-tuju syarikat.

+ Long Term Strategies - Mereka ini adalah golongan yang selalu berpandangan jauh dan akan membantu syarikat dalam memikirkan strategi jangka panjang.

+ Keep Objectivity - Mereka ini adalah golongan yang "Rigid", sesuai dijadikan sebagai "Auditor" dalam syarikat. Sebab bagi mereka, matlamat haruslah dicapai terlebih dahulu dan ia tidak boleh diubah-ubah dengan sewenang-wenangnya.
..
* KELEBIHAN: "Laser Sharp Focus Minded" dan tetap dengan matlamat yang telah diberikan.

* Pekerjaan yang Sesuai: Bidang Professional seperti Auditor, Accountant, IT Programmer, Engineer, Doctor, Lawyer, Operations Manager dan Usahawan.

Contoh Usahawan Berjaya: Bill Gates (Microsoft)
..
..
PURPLE Brain
+ Create Systems - Golongan ini boleh menerima sebanyak mungkin maklumat berserta details yang sangat terperinci. (Jangan risau, mereka akan rekodkan segala maklumat) Maklumat yang banyak ini akan dijadikan dalam bentuk sistem yang tersusun.

+ Operationalize - Maklumat yang telah disusun menjadi sebuah sistem tadi akan dijadikan dalam memudahkan Operasi Harian. (Mereka ini umpama Perpustakaan Bergerak)

+ Make Practical - Mereka boleh membantu melicinkan Operasi Harian dan menjadi sangat praktikal untuk dilaksanakan bagi mereka sendiri dan orang lain dalam pasukan.
..
* KELEBIHAN: Boleh menerima dan menyimpan banyak maklumat dan boleh memberikan cadangan-cadangan lain yang bersesuaian.

* Pekerjaan yang Sesuai: Setiausaha Syarikat, Admin Clerk, Pengurus Bisnes Franchise, Usahawan dan Golongan yang sentiasa berurusan dengan dokumen yang sangat banyak dan Bahagian Operasi.

Contoh Usahawan Berjaya: Steve Jobs (Apple)
..
..
GREEN Brain
+ Move Team Forward - Golongan ini akan sentiasa membawa pasukan supaya maju ke depan dengan lebih cepat. Sebab bagi mereka, kuasa tindakan adalah segala-galanya walaupun tanpa perancangan yang rapi.

+ Stimulate Group Thinking - Dalam sesebuah mesyuarat pasukan, mereka ini akan sentiasa memberikan idea-idea yang kreatif dan bernas.

+ Short Term Strategies - Mereka lebih gemar mencadangkan taktik atau strategi jangka pendek. Jika pasukan anda mengalami masalah yang perlu diselesaikan dalam kadar segera, cari golongan Green Brain ini!
..
* KELEBIHAN: Sentiasa berfikiran secara rawak, kreatif dan spontan.

* Pekerjaan yang Sesuai: CEO, Usahawan, Pegawai Pemasaran, Guru Tadika dan golongan yang bekerja di dalam Bidang Kreatif seperti Muzik & Lakonan.

Contoh Usahawan Berjaya: Robert T. Kiyosaki (Author of Rich Dad, Poor Dad) & Sir Richard Branson (Founder of Virgin Group)
..
..
BLUE Brain
+ Connect People - Golongan ini akan sentiasa memikirkan perasaan orang lain terlebih dahulu. Mereka sangat risau jika perbuatan mereka akan menyusahkan orang lain.

+ Organize - Segala tindakan mereka adalah tersusun dan tidak akan menyakitkan hati orang lain.

+ Stimulate Communication - Mereka akan selalu mendengar pendapat orang lain dan bersikap demokratik dengan pandangan orang lain.
..
* KELEBIHAN: Berkeupayaan tinggi membuat banyak perkara dalam satu masa (Very Good at Multi-tasking). Dan selalunya mereka boleh tahu apa yang orang lain sedang rasa! (Ini Memang Bahaya :) ) Jangan cuba untuk menipu mereka ;)

* Pekerjaan yang Sesuai: COO, Usahawan, HR Manager, Doktor, dan golongan yang bekerja di dalam bidang Customer Service dan Bahagian Operasi.

Contoh Usahawan Berjaya: Tony Fernandes (Air Asia)

#TipsColorBrain

Comments