Minyak Wangi Olive House Dubai UAE Cesar Madfai

Bersama CEO OLIVE HOUSE:
Assalamualaikum Warahmatullah

1) Respon bab minyak wangi yang ditanya oleh Imam Muda haritu. Terlupa dah, ni baru teringat semula.

2) Kelebihan perfume Caesar Madfai adalah "imitation" kepada jenama terkenal di dunia. Kita ketahui jenama minyak wangi dunia menjadi mahal merana 90% dari harga yang dibayar adalah bayaran kepada marketing yang dilakukan mereka. Semua gambar botol yg ekslusif di depan kotak perfume Madfai adalah brand terkenal yang harga perfume tersebut boleh mencapai ratusan ringgit bahkan ribuan ringgit. Sebab itu tagline Caesar Madfai "anda boleh jadi sesiapa sahaja yg anda ingin". Ini kerana semua jenama perfume terkenal terdapat di dalam range Caesar. Sama ada Arabic range ataupun France range.

3) Di dalam industri perfume dahulu dan kini terdapat hanya dua perbezaan; 1) Dahulu minyak digunakan untuk dijadikan pemankin bau seumpama minyak zaitun dan minyak almond dicampur dengan bunga-bungaan. Adapun wangian di zaman moden menggunakan alkohol. Alkohol lebih berkesan berbanding minyak kerana alkohol memberikan bau lebih baik sebagai pemankin bau sama ada pada kulit badan, pakaian atau mana-mana pemukaan. Adapun minyak, hanya berkesan dengan baik apabila menyentuh kulit badan. Alkohol bukan arak dan tidak ada perbezaan hukum menggunakan perfume atau atar biasa. 2) Zaman dahulu menggunakan bahan semulajadi  sama ada tumbuhan, haiwan darat atau binatang di laut. Jika perfume arab terkenal dari binatang (kasturi dari rusa), ambar (dari ikan paus) dan oud (dari tumbuhan). Wangian yang terkenal dipakai khalifah umar abd aziz sebelum dilantik menjadi khalifah bernama "ghaliah" (gabungan oud, ambar dan kasturi). Hari ini hampir mustahil mendapatkan kasturi dari rusa tibet, pengambilan dari paus diharamkan semenjak tahun 70an dan oud untuk menghasilkannya secara asli memerlukan penjagaan yang teramat rapi. Penghasilan secara semulajadi juga amat tinggi kos dan tidak konsisten bau. Sebagai contoh bau jasmine memerlukan 750kilo bunga jasmine untuk hasilkan sekilo minyak wangi. Jika bunga yg dipetik berlainan musim, cuaca dan lain-lain faktor, hasil baunya akan berbeza antara waktu dan waktu. Disebabkan dua faktor inilah definasi natural dan alami pada wangian berlainan dari definasi pada makanan. Panjang tajuk ini jika ingin dibicarakan.

4) Apabila membeli perfume pastikan 4 bahan ini tidak terdapat di dalam perfume tersebut;
1) toluene
2) benzene derivatives
3) aldehydes
4) phthalate

Ini bahan-bahan yg membawa mudarat kepada kesihatan jika diletakkan di dalam perfume. Caesar Madfai perfume terhindar dari benda ini, mungkin juga kerana piawai Dubai yg tinggi dan masyarakat moden yg sensitif dengan kesihatan menjadiakan produk perfume
mampu milik ini terhindar bahan merbahaya.

5) Kelebihan besar perfume Caesar Madfai apabila disembur dan diuji tahan 8-12 jam sehari. Disamping mendapat pengiktirafan IFRA (The International Fragrance Association (IFRA), based in Geneva, Switzerland, and founded in 1973, is the official self-regulatory representative body of the fragrance industry worldwide. Its main purpose is to ensure the safety of fragrance materials through a dedicated science program).

6) Wangian ini senjata dua mata di dalam Islam. Ia boleh mendapat pahala atau ia boleh menjadi dosa. Sifat wangian wanita, tidak menzahirkan bau kepada lelaki ajnabi dalam masa sama wangian membantu elak bau yang kurang enak. (Semburan untuk wanita di sebelah dalam bukan dibahagian luar pakaian). Berlainan bagi lelaki, elak bauan kurang enak dan zahirkan wangian yg baik kepada yg lain. (Semburan di luar pakaian).

......
Untuk tempahan atau pertanyaan
WhatsApp 0175750810 Us Zaki
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/PerfumeExclusive

Comments