Apakah pindaan akta RUU 355

BACA , FAHAMKAN DAN SEBAR LUASKAN DEMI ISLAM DAN KESEJAHTERAAN NEGARA

Tahukah Anda ?

1. Pindaan Akta 355

● Usul yang dibentang oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) di Parlimen pada tanggal 26 Mei 2016 yang lalu adalah Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah (1965)

● Akta 355 ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Kali terakhir dipinda ialah pada tahun 1984

● Bidang kuasa Mahkamah Syariah (pindaan 1984) hanyalah terhad kepada :

• 3 tahun penjara
• 5 ribu ringgit (denda)
• 6 kali sebatan

2. Kenapa Perlu Pinda Akta 355 ?

● Memperkasakan Institusi Mahkamah Syariah

● Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (pindaan 1984) adalah lebih rendah dari bidang kuasa Mahkamah Majistret sedang Islam adalah agama persekutuan.

● Sesuai dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada pembukaan Parlimen ke 13, Penggal ke 4 pada tanggal 7 Mac 2016 supaya Institusi Mahkamah Syariah diperkasakan.

● Agar bidang kuasa Mahkamah Syariah dipertingkatkan kepada tahap maksimum hukuman adalah selaras dan menepati Syariah Islam. (Jumlah denda, penjara dan sebatan tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri yang diputuskan melalui Dewan Undangan Negeri masing-masing)

3. Tidak Melibatkan Non Muslim.

● Non Muslim tidak perlu bimbang dan takut. Malah mereka tidak perlu menentang dan mempersoalkannya kerana pindaan Akta 355 adalah pindaan yang hanya berkait dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

● Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355 Seksyen 2 juga telah menjelaskan hanya umat Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Tidak Melibatkan Hukuman Mati dan Potong Tangan.

● Pindaan Akta 355 adalah pindaan untuk mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan denda, penjara dan sebatan.

● Ianya tidak melibatkan hukuman mati atau potong tangan.

5. Tidak Bercanggah Dengan Perlembagaan.

● Akta 355 yang sedia ada pun sememangnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia sejak tahun 1965

● Akta 355 sebelum ini pernah dipinda iaitu pada tahun 1984.
Maka apa masalah untuk dipinda lagi pada tahun 2016 ? Sedang ia bertujuan untuk memperkasakan Institusi Mahkamah Syariah.

● Parlimen Malaysia sememangnya tempat meminda dan meluluskan undang-undang.

● Perkara 3 Perlembagaan Malaysia menyatakan : _"Islam ialah Agama Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan."_

6. Bagaimana hukuman Jenayah Rogol ?

Kesalahan jenayah rogol tidak terletak di bawah bidangkuasa Negeri, sebaliknya ia terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan iaitu (Akta) Kanun Keseksaan atau Penal Code.

Justeru itu, ia tiada kaitan dengan pindaan Akta 355.

Disediakan oleh : Jabatan Penerangan PAS Pusat.

Comments