Leagur of Immortals : game rpg kegilaan kini

E-PERMAINAN

Ulasan: League of Immortals – Permainan Pertempuran Antara Pemain Yang Semakin Popular
Jom try bergaming di sini pula.. rpg upgrade versus http://loi.funplus.com/sharereward/share/33818833961/

Adakah anda peminat permainan berjenis hack and slash atau mungkin lebih senang dikatakan sebagai klik dan cantas musuh-musuh anda? Permainan sebegini antara permainan yang mudah dimainkan namun terdapat strateginya tersendiri apabila diberi nafas baru menjadi perlawanan antara pemain diatas talian (Multiplayer Online Battle Arena – MOBA). Antara permainan yang popular adalah Dota 2 dan Vainglory dan kini permainan yang hangat diperkatakan ramai adalah League of Immortals keluaran FunPlus.

Permainan League of Immortals ini mengambil latar belakang watak-watak popular dari kisah epik China. Siapa yang tidak kenal dengan Wu Kong (atau Son Wu Kong) dan kisahnya berkisar mengenai pengembaraannya. Menariknya permainan ini mengetengahkan watak yang juga biasa didengar seperti Guanyin, Nezha, Sanzang, dan ramai lagi. Namun jalan cerita bukanlah perkara utama untuk permainan ini kerana ia bercorak MOBA, dan menekankan perlawanan dengan pemain lain secara masa nyata.

Memulakan permainan ini, seperti permainan atas talian yang lain pemain perlu memilih pelayan (server) mana yang ingin dimainkan. Ini adalah kerana maklumat berkenaan pemain akan disimpan diatas talian membolehkan pemain bermain pada mana-mana peranti selagi mana didaftarkan atas satu email, atau didaftarkan menerusi Facebook Connect. Sejurus selepas pendaftaran, pemain akan diberikan tunjuk ajar dalam mengawal watak permainan bagi menyerang dan juga menggunakan skil tertentu bagi menewaskan musuh atau bagi menguatkan serangan.

Permainan League of Immortals ini dicipta dengan fokus terhadap peranti mudah-alih justeru kebanyakan kawalan adalah menerusi sentuhan jari pada skrin. Disebelah kiri paparan skrin terdapat butang arah manakala disebelah kanan paparan skrin terdapat butang-butang skil dan aksi, bergantung kepada perwira yang pemain pilih, namun secara asasnya terdapat butang utama untuk menyerang, dan tiga butang aksi serta satu butang untuk memulihkan nyawa. Menariknya pemain boleh memilih watak untuk dimainkan seperti contoh ketika watak utama mati dan sedang dihidupkan semula, pemain boleh menukar watak. Watak yang tidak dimainkan akan beroperasi secara automatik.

Selepas pemain memilih perwira dan juga perwira tambahan yang boleh berfungsi sebagai penyerang hadapan (istilah dalam permainan – tanker) pemain boleh memilih untuk menjalankan misi mengikut jalan cerita bagi menaikkan tahap kekuatan perwira tersebut. Selepas menghabiskan beberapa misi awal, barulah pemain boleh bertarung dengan pemain lain secara masa nyata. Pemain akan menerima ganjaran untuk setiap misi yang dilakukan dan bergantung kepada tuah, boleh juga mendapatkan kelengkapan serta senjata yang berkuasa boleh digunakan untuk mencincang musuh durjana.

Didalam permainan ini, terdapat empat jenis ‘matawang’ iaitu Energy untuk misi (berwarna biru), Energy untuk permainan atas talian (berwarna oren) , Coins untuk pembelian barang dalam permainan dan juga Ingot yang turut boleh digunakan untuk menambah Energy. Bagi bertarung secara masa nyata, pemain akan menggunakan Energy berwarna oren mengikut perlawanan. Pemain akan dipertemukan dengan pemain yang mempunyai tahap yang bersesuaian untuk berseteru diatas pentas yang dipilih. Matawang seperti Coins digunakan untuk menaiktaraf kelengkapan perwira seperti pedang, topi, perisai, kasut dan juga boleh digunakan untuk menyatukan beberapa kelengkapan.

Dari segi corak permainan, perlawanan dengan pemain lain dilihat agak responsif dan mencabar, terutamanya apabila perseteruan diantara perwira yang mempunyai skil yang pelbagai. Pemain perlu mengetahui gerakan manakah yang boleh membunuh musuh dengan pantas, dan juga perlu menyelamatkan diri berundur buat sementara waktu bagi mengisi semula tahap nyawa pemain.

Terdapat 3 perkara menarik dalam permainan ini termasuklah perlawanan bagi memusnahkan menara musuh, pertempuran terus dengan pemain lain, dan juga sistem klan. Sistem klan membolehkan pemain mendapatkan perwira yang lain disamping bermain dengan rakan-rakan yang lain secara atas talian.

Permainan ini telah mula hadir ke pasaran tempatan pada 13 Ogos yang lepas untuk platform iOS dan Android.
*sumber : amanz

Jom try bergaming di sini pula.. rpg upgrade versus http://loi.funplus.com/sharereward/share/33818833961/

Comments