Dengan
 khasiat yang begitu banyak terkandung di dalam buah delima, Syarikat 
YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD telah mengambil inisiatif untuk 
memanfaatkan buah delima kepada masyarakat dalam bentuk jus. Jus Delima 
Al-Rumman diperbuat daripada perahan buah delima organic yang terpilih 
dan bukan daripada pati seperti kebanyakan produk lain yang berada di 
pasaran. Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, 
tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa 
penstabil.
Jus Delima Al-Rumman ini dihasilkan dari buah delima organik yang 
diperah berserta dengan kulitnya. Proses ini dipantau oleh USDA (United 
States Department of Agriculture) yang merupakan satu badan dunia yang 
mengawasi ladang-ladang organik. Ini kerana hanya buah delima yang di 
tanam secara organic sahaja boleh diperah berserta dengan kulit. Kulit 
delima banyak mengandungi khasiat sepertimana yang di sebut dalam hadis 
Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut - [Diriwayatkanoleh Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni]
Buah Delima adalah buah yang bermusim, Ia sangat banyak pada bulan 
September hingga Januari. Justeru itu, dengan adanya Jus Delima 
Al-Rumman yang di keluarkan oleh YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD, 
masyarakat boleh memanfaatkan khasiat buah delima untuk mencegah dan 
mengubati pelbagai jenis penyakit sepanjang tahun kerana Jus Delima 
Al-Rumman boleh disimpan selama dua (2) tahun dari tarikh ia dibotolkan.

Comments
Post a Comment