KESATUAN ULAMA: PENGISYTIHARAN ISIS/ISIL SEBAGAI KHILAFAH ADALAH PALSU

KESATUAN ULAMA: PENGISYTIHARAN ISIS/ISIL SEBAGAI KHILAFAH ADALAH PALSU

Kesatuan Ulama Sedunia dibawah kepimpinan presidennya, Dr Yusof Qardawi menegaskan bahawa pengisytiharan kerajaan islam oleh ISIS dan ISIL adalah 'palsu dan tidak menepati syarak'.

Kesatuan tersebut menerangkan bahawa kita amat mengimpikan tertubuhnya sebuah Khilafah Islamiah secepat yang mungkin, tetapi langkah yang diambil oleh ISIS bakal memberi kesan yang amat buruk terhadap ahli sunnah di Iraq dan kebangkitan rakyat di Syria.

Kesatuan turut menegaskan bahawa walaupun mereka menggelarkan diri sebagai Khilafah Islamiah, ianya amat jauh dari kefahaman realiti dan lebih kepada rampasan kuasa terhadap kebanyakan pejuang Revolusi yang kebanyakannya datang dari pelbagai kumpulan ahli sunnah di beberapa wilayah di Iraq.

Tambahnya lagi, tindakan meggesa semua umat Islam dunia berbaiah dan mentaatinya adalah jauh dari mana-mana pertimbangan syarak dan kemudharatannya lebih besar dari manfaat yang diperoleh.

Tidak mungkin kita boleh membubarkan semua organisasi Islam yang ada di dunia sekarang hanya kerana dakwaan sebuah organisasi yang mengisytiharkan diri sebagai khilafah dan khalifah. Dan dalam keadaan yang tidak menyeluruh dan lengkap sebegini, perkara ini perlu ditolak mentah-mentah.

Kesatuan juga menegaskan bahawa tindakan mengiktiraf sebuah organisasi yang dilihat radikal dan ektremis di mata masyarakat dunia hatta di mata umat Islam sendiri, tidak akan menguntungkan Islam selama-lamanya.
-AlJazeera.net

Link asal:
http://www.aljazeera.net/news/arabic/2014/7/5/%D8%B9%D9%84%D9%85%D8%A7%D8%A1-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D9%84%D9%85%D9%8A%D9%86-%D8%A5%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%86-%D8%AA%D9%86%D8%B8%D9%8A%D9%85-%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%88%D9%84%D8%A9-%D9%84%D9%84%D8%AE%D9%84%D8%A7%D9%81%D8%A9-%D8%A8%D8%A7%D8%B7%D9%84

Comments