12 BAHAN PERUBATAN TERBAIK

KETERANGAN RINGKAS 12 BAHAN PERUBATAN TERBAIK

1.  عسل - ASAL (MADU LEBAH)
Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda seperti yang diterangkan bahannya dalam risalah ringkas ini. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68 - 69.

Maksudnya : “...........dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.

Dalam kitab, “ الحث على حفظ العلم ” oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa :

Maksudnya : “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.

Kami memilih madu dari Republik Islam Iran, kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu dari pohon-pohon kurma, tin, zaiton, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut alam Al-Quran dan kitab-kitab Perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak.

2.  زعفران  - ZA’FARAN (STIGMA BUNGA)
Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab       “ طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
 

 
 

 

من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر

Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

3.  سعد -  SU’DUN (AKAR TUMBUHAN)
Kebaikan Su’dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za’faran dan Su’dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari.

4.   كرفس - KARAPS (BIJIRIN)
Dalam kitab “ طب النبى ”, m.s. 47. Nabi saw sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda saw :
 

كلو ا الكر فس  فانه  يورث الحفظ وهو طعام الخضر

Maksudnya : “Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”

Sabda Baginda saw lagi tentang kebaikan karaps:
 
عليكم بالكر فس  فانه لو كان نس يويد فى العقل فهو

Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps.”

5. زنجبيل - ZANJABIL (UBI TUMBUHAN)
Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18, Maksudnya : “.....mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”
Dalam kitab “ طب اللأنمة ” m.s 388 dan Kitab “ طب الامام الرضا ” m.s 121, menyebutkan riwayat ulama yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141 - 203H) mengatakan bahawa :
 

من أراد يقل نسيانه  يكون حافظا   فلماكل  كل يوم تلاث
قضع زنمبيل مربي بالعسل  ويصطبغ بالحز دل مع طعامه في كل يوم

Maksudnya : “Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari.”

6. خردل - KHARDAL (BIJIRIN)
Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h (141-203H) menyuruh kita memakan khardal dan Zanjabil bersama madu pada setiap hari.

7.  قرنفل  - QARANFUL (BUNGA)
Dalam kitab “ طب اللاء مام الصادق ” m.s 381, Imam Ja’afar Al-Sodiq (r.h), lahir pada 80H, (guru kepada Imam Abu Hanifah r.h), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu :
 

عن ابي البصير قال فلت للصادق كيف نقدر على العلم الذى فر عتموه لنا فقال
جذ وزن عشر دراهم قرنفل ومثلها كندر ذكر ودقهما ناعما ثم استف على الويق كل يوم قليلا

Maksudnya : “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja’afar Al-Sodiq). Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja’afar Al Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari”.

8.  لبان - LUBBAN (GETAH POKOK)
Lubban disebut juga sebagai kundur zikri “ كندر ذكر ” seperti dalam kenyataan Imam Ja’afar (r.h) pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “ طب النبوى ”, m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w):
 

يرى عن على أنه قال لرجل شكا اليه النسيان عليك باللبان
فانه يشجع القلب ويذهب السيان

Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali (k.w) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.”

9.   نعناع - NA’NA (DAUN)
Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya “ دليل المعالجين بالقر ان الكريم ” m.s. 298, menyuruh kita memasukkan daun na’na dan habbatus sauda’ ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan :
 

نعلى النعناع ونضع عليه بعد تجليته بعمل مبع قطران من زيت الحبة السو داء
ويشرب دافتا ويكون مقروءا فيه ايات الوقية 7 مرات وايات الشفاء وسورة يس

Maksudnya : “Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak Habbatus Sauda’ diminum suam-suam serta dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta Surah Yassin.”

10.   حبة السوداء  - HABBATUS SAUDA’ (BIJIRIN)
Kegunaan Habbatus Sauda’ bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9, di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda’ terlalu banyak di antaranya sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw bersabda :
 
من حديث أبي سلمة رضى الله عنه أن رسول الله قل عليكم
هذه الحبة السوداء فان فيها شفاء من كل داء الا السام

Maksudnya : “Daripada hadis Abi Salamah (r.d) bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “hendaklah kamu mengambil Habbatus Sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati.”

11. عدس - ADAS (BIJIRIN)
Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab “ طب الأيمة ” m.s 389 menyebutkan :
 

وفي بعض الأخبار يورث الحفظ أكل اللحم مما يلي العنق وأكل
الحلوى والعدس والخبر البارد وقراءة اية الكرسى

Maksudnya : “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu) makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat al-kursi”.

12. زبيب - ZABIB (BUAH)
Dalam kitab “ طب النبوى ” oleh Ibnu Qayyim al-Juzi, m.s 241, menyebutkan bahawa :
 
قال الزهري من أحب ان يحفظ الحديث فليا كل الزبيب

Maksudnya : “Imam Al-Zuhri berkata : Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)”.

DIANTARA RUJUKAN KITAB-KITAB PERUBATAN ISLAM
 

Dan Kitab-kitab Perubatan Islam yang lain yang tidak dapat kami senaraikan dalam risalah yang ringkas ini.

Sebelum makan hendaklah diniat untuk kecerdasan minda demi beribadat kepada Allah. Membaca solawat kepada Nabi saw serta keluargaNya dan membaca Surah Al Fatihah.

Umur 3 hingga 12 tahun - 2 hingga 4 tablet sehari
Umur 13 tahun ke atas - 4 hingga 6 tablet sehari

Dimakan secara hisap atau kunyah pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.

Empat nasihat Imam Shafie (r.h) untuk menambahkan kecerdasan akal :-
1. Meninggalkan cakap-cakap kosong
2. Menggunakan siwak (kayu sugi).
3. Duduk bersama majlis orang-orang soleh.
4. Duduk bersama majlis ulama’.

Comments