Bahaya Manipulasi ar Rahnu

Manipulasi sistem Ar-Rahnu
 
SNTM telah membuat semakan & mengkaji dengan membandingkan harga emas Scammer dengan harga emas dunia dan harga emas beberapa syarikat lain. Saya dapati harga yang ditawarkan oleh syarikat XXX adalah tinggi daripada harga jualan emas di pasaran dan ada juga mahal tapi ada keuntungan lain.
 
Di situ aje telah menarik saya untuk membuat pelaburan emas dengan syarikat ini. Saya dimaklumkan oleh pengurus XXX yang pelabur akan dapat keuntungan melalui diskaun yang diperolehi serendah RM300.00 setiap bulan selama 1-12 bulan jika membeli emas daripada XXX sebanyak 100gm.
 
Nampak macam menarik juga tetapi cuba anda fikir kembali ... Harga jualan emas XXX lebih tinggi daripada harga pasaran ..... kenapa anda perlu bayar lebih tinggi sedangkan anda boleh dapat pada harga rendah? Syarikat XXX kata anda dapat diskaun/rebet setiap bulan ..... Kalau anda beli sesuatu barang, diskaun diberi pada waktu itu juga! Jadi kenapa diskaun diberi secara tertangguh? 
 
Yang bagusnya lagi ... emas yang anda beli dicagarkan di Bank Rakyat dan wang yang diperoleh daripada cagaran di Bank Rakyat diberikan kepada syarikat XXXX supaya mereka dapat beli lebih banyak emas lagi. Siapa yang untung di sini? Syarikat XXX! Anda cuma dapat bayaran bulanan selama 6 bulan yang sememangnya XXX dah jual kepada anda dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran.
 
Jadi tidak hairanlah syarikat ini disiasat oleh BNM. Siapa yang dah terbeli emas daripada syarikat XXX, terpaksalah menanggung kerugian. Kerugian macam mana? Diskaun yang dijanjikan akan dibayar setiap bulan sudah tiada kerana akaun syarikat XXX sudah dibekukan. Upah simpan emas di Bank Rakyat pun kena bayar dan banyak lagi kerugian yang perlu ditanggung oleh pelabur. Jadi, berhati-hatilah dengan skim pelaburan yang ditawarkan di pasaran. Fikir-fikirlah
 
XXX - ialah Syarikat yang menjalankan aktiviti seperti di atas.
 
 
Tips bagaimana nak elak skim penipuan emas ini
1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi 
3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan.
4. Elakkan melabur sekiranya emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu diserahkan kepada syarikat
5. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat unsur-unsur bonus tajaan,bonus rekrut orang
    ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
6. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimenseperti keagamaan,
    bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
7. Elakkan melabur jika anda perlu menyerahkan emas sekarang dan menunggu beberapa hari
    untuk mendapat semula duit anda (bagi kes jualan semula).
8. Elakkan membuat bayaran penuh atau lebih 30% ketika membeli emas dalam plan Delay Order. kerana ia berisiko tinggi
 
 (Ini dicopypaste dari link - harap maklum)
 
Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?
 
Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2 iaitu:
1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu Nak cepat untung – Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat.
 
sik maok nunggu.. mun dpt aritok meli esok dah pat untung =p elakkan pemikiran sebegini kKurang ilmu
Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie.
 
Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.Merujuk kata-kata daripada Warren Buffett. Beliau adalah salah seorang pelabur terulung di dunia. Dari segi kekayaan, beliau merupakan orang terkaya di dunia.Beliau pernah menyebut:“Risk comes from not knowing what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan).
 
 Jika anda tak tahu apa yang anda buat maka anda menanggung risiko.
 
 
Kesimpulan
 
1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.
2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur. Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.
3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.
4. Sila rujuk pihak berkuasa SSM,BNM,SC,SKM,KPDNKK
 
 

Comments