Huang 
Feihong(dialeg mandarin), nama bekas Huang Xiang dari Linxi Luzhou 
kampung, Xiqiao, Nanhai, Guangdong. Beliau dilahirkan di Foshan pada 9 
julai, kalendar Cina pada tahun 1856.
Wong Fei Hung 
(Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh 
kungfu dan juga seorang tabib.Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei 
Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam 
filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong 
Kong, Jet Li.
Zaman kehidupan
 Wong Fei Hung ialah pada zaman Dinasti Ch'in.. Iaitu Dinasti yang 
merobohkan Dinasti Yuan.... Jika tak salah aku... Dinasti Yuan ini 
dikenali sebagai dinasti kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak 
memeluk agama Islam... Wong Fei Hung lahir pada tahun 1834... Maknanya 
sudah ada banyak pengaruh Islam di China.... So...tak mustahil kan?
Kehidupan 
keluarga Wong Fei Hung pada zaman dinasti Yuan.... dan tidak mustahil 
pada zaman itu ramai penduduk China memeluk Islam kerana ''pemerintahnya
 memeluk agama Islam''.... Siapa tahu zaman bila lagi Islam sampai ke 
negara China? Sejak zaman kegemilangan Melaka lagi PENIAGA Islam di 
negara China datang kesini....Salah sorang muslim terkenal ialah 
Laksamana Cheng Ho
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung 
adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang 
namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah 
China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong 
Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di 
China.
Wong Fei-Hung 
dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim 
yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk 
menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek 
Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, 
namanya ialah Faisal Hussein Wong.  
Ayahnya, (Huang
 Qi Ying)Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu 
perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu /
 kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di
 Canton (ibukota Guandong). PO CHI LAM (PERUBATAN ISLAM &( Pusat 
Obat Islam)..Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu 
wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying 
membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. 
Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada 
Wong Fei Hung.
Kombinasi 
antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta
 ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga 
Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada 
masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan 
mengidolakan Keluarga Wong.
Pesakit klinik 
keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari 
kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, 
Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan 
sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu,
 tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.
Secara rahsia, 
keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan 
pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in 
ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah 
sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan 
Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung 
mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi 
yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian 
mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya 
melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. 
Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan 
handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung 
Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa 
pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.
Hung Hei-Kwun 
ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan 
Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita 
mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta 
bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun),
 pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau
 pendudukan Kerajaan Ch’in.
Setelah berguru
 kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri
 hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan 
bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih 
maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia
 berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang 
dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.
Selain dengan 
tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam 
senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata 
kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang 
tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan 
tegap dan kejam di Canton.
Dalam kehidupan
 keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang 
anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. 
Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam 
usia muda. 
Setelah isteri 
ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri 
sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda 
yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi 
pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela 
diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Pada 1924 Wong 
Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di 
Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum 
mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan 
mereka.
Siapapun dan 
berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya 
dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung 
meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali 
seluruh dunia… 
@sejarah di 
China tiada menyebut apakah anutannya serta cara gaya kehidupannya maka 
tiadalah dapat disahihkan beliau adalah islam dikacamata China ataupun 
dimata islam itu sendiri..maka kepada Allah jualah mengetahui...
Sumber : Click Here and Continue Reading


Comments
Post a Comment